Saturday, 17 December 2011

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Posted by Satu Dua at 22:43
'' Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SubhanAllah Wa Taala. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SubhanAllah Wa Taala. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SubhanAllah Wa Taala. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu. "
 

MoShiE- MoshiE AiN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea