Tuesday 27 March 2012

hmmm..

Posted by Unknown at 17:32

Hmmm.....ku sedari....
Sesungguhnya setiap ujian Allah swt terhadap hambaNya adalah hikmah untuk dirinya pada masa kini dan akan datang.Fitrah manusia itu ingin menyayangi dan disayangi. Namun sejauh mana caranya untuk kita mengendalikan perasaan itu? 
Melupakan seseorang adalah dengan tidak memikirkan langsung tentangnya. Kerana jika kita asyik menyebut tentangnya sedangkan kita ingin melupakannya, bukan begitu caranya. Allah swt sentiasa dekat dengan kita, malah terlalu dekat sangat-sangat. Hikmah Allah swt berikan ujian (tidak kira ujian apapun), adalah untuk kita kembali kepadaNya sesuai dengan fitrah kita diciptakan dan tujuan kita diciptakan.

Jodoh itu ketentuan Allah swt dan telah tertulis untuk kita sejak azali lagi. Tidak salah kita berusaha untuk mencari jodoh, tetapi kadangkala kita tersilap langkah menyusuri jalan mencari jodoh. Pohonlah pada Allah swt, berdoa sungguh-sungguh kepadaNya, minta petunjuk dari Allah swt. Jangan ditangisi perkara yang kita sendiri tidak pasti.
Tanamkanlah rasa pasrah pada perkara yang kita tidak pasti. Kerana bila kita pasrah, hati kita tidak akan resah gelisah. DIA menantikan kita untuk kembali kepadaNya. Mustahil kita tidak boleh melupakan seseorang. Kerana kita merupakan makhluk yang mudah lupa dan alpa. Hanya kerana dorongan nafsu yang kadangkala buatkan kita tidak mahu melupakan sesuatu apatah lagi yang melibatkan perkara sebegini. Allah swt sentiasa ada. DIA lebih dari segala-galanya yang apapun jua ada di dalam dunia ini. Allahu a'lam.
 ~Cinta adalah milik ALLAH, perginya cinta dengan izin ALLAH, hilangnya cinta atas kehendak ALLAH, dicintai dan mencintai adalah anugerah ALLAH dan jadikanlah cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk meraih cinta ALLAH kerana itulah cinta HAKIKI..(^_^) ♥

 Cinta Dia yang paling agung, cinta Allah yg harus kita kejar..

0 comments:

Post a Comment

 

MoShiE- MoshiE AiN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea